Thursday, December 29, 2011

Gamba 2011


Lama betul tak update blog… ini pun nasib baik jumpa password..

Sebenarnya  kebelakangan ini Mrmr  lebih tertumpu pada satu forum fotografi..  Sayangnya  forum yg Mrmr follow ini nampaknya dah  makin malap dan hampir terkubur, tak tau mana silapnya.. 

Dlm masa dok mengelamun utk hilangkan boring, terpikir utk update blog..  Blog ini pun lebih kpd gambar2 pemandangan sekitar tempat kerja Mrmr dan sesuai dgn hobi Mrmr iaitu petik shutter camera.
Satu kelemahan  Mrmr ialah tak pandai memanafaatkan hobi ini atau sekurang2nya berkongsi dgn kekawan.. sehabisnya lepas ambik gambar, proses guna l.room & p/shop (ini satu lagi kerja syok sendiri) dan simpan dlm beberapa folder di hard disk lap top. Tup2 pada pertengahan tahun lepas laptop kesayangan itu yang sarat dgn gambar sekitar outstation mrmr ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak (setakat kerja kuli mcm Mrmr ini takde chan nak ke ‘ober c’) lebur aka korap.. puss… baru tepikir.. syangnya aku tak buat b/up kpd gambar2 tersebut..

ada le sikit saki baki 'negatif filem' yang terjumpa dlm pen drive.. utk di muatkan dalam blog ni.. tapi saiz filenya agak kecil.


Gambar2 ini di ambil semasa ada tugasan malam di stesen Gn.Ledang dan terpaksa bermalam disitu... ada le peluang menunggu sunrise..

Sunrise dari puncak Gn.Ledang jam 07:14:23

07:14:46

07:15:33


Jalan menghampiri puncak.. 08:40:21


... turun dari Gn.Ledang, terus ke Muar.. berkesempatan pula tunggu sunset.