Lama betul tak update blog… ini pun nasib baik jumpa
password..
Sebenarnya kebelakangan ini Mrmr lebih tertumpu
pada satu forum fotografi.. Sayangnya forum yg Mrmr follow ini nampaknya dah makin malap dan hampir terkubur, tak tau mana
silapnya..
Dlm masa dok mengelamun utk hilangkan boring, terpikir utk
update blog.. Blog ini pun lebih kpd
gambar2 pemandangan sekitar tempat kerja Mrmr dan sesuai dgn hobi Mrmr iaitu
petik shutter camera.
Satu kelemahan Mrmr
ialah tak pandai memanafaatkan hobi ini atau sekurang2nya berkongsi dgn
kekawan.. sehabisnya lepas ambik gambar, proses guna l.room & p/shop (ini
satu lagi kerja syok sendiri) dan simpan dlm beberapa folder di hard disk lap
top. Tup2 pada pertengahan tahun lepas laptop kesayangan itu yang sarat dgn
gambar sekitar outstation mrmr ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak
(setakat kerja kuli mcm Mrmr ini takde chan nak ke ‘ober c’) lebur aka korap..
puss… baru tepikir.. syangnya aku tak buat b/up kpd gambar2 tersebut..
ada le sikit saki baki 'negatif filem' yang terjumpa dlm pen drive.. utk di muatkan dalam blog ni.. tapi saiz filenya agak kecil.
Gambar2 ini di ambil semasa ada tugasan malam di stesen Gn.Ledang dan terpaksa bermalam disitu... ada le peluang menunggu sunrise..
Sunrise dari puncak Gn.Ledang jam 07:14:23
07:14:46
07:15:33
Jalan menghampiri puncak.. 08:40:21
... turun dari Gn.Ledang, terus ke Muar.. berkesempatan pula tunggu sunset.
No comments:
Post a Comment